Ikuti Kami:

Van Pasang Lagu Raya Buat Orang Ramai Sebak

Van Pasang Lagu Raya Buat Orang Ramai Sebak

Menjadi satu kelaziman bagi orang Malaysia memasang lagu raya saat-saat hari terakhir di bulan puasa bagi merancakkan mood beraya.

Tetapi lain pula tahun ini apabila pendemik wabak COVID-19 menyerang, kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak ini untuk terus tersebar.

Ini menyebabkan, hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi juga tidak dapat disambut seperti kebiasaannya.

Disebabkan itu saat ini siapa sahaja yang yang mendengarkan lagu raya yang akan merasa sedih. Ini yang terjadi apabila sebuah van ditemui di jalan raya yang memasang lagu raya di speaker luarannya.

Dapat dilihat di dalam video ini van itu dilengkapi sistem speaker luaran yang bertujuan untuk membuat penghebahan umum.

Hasil semakan mendapati van itu adalah sebahagian dari unit hebahan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia yang giat menjalankan hebahan umum sejak dari awal PKP ini dalam menyalurkan informasi kepada rakyat.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen.

“Harap van ni selamat ke destinasi”

“Sempat satu lagu dia putar dah sayu..kalau lima lagu?”

Sumber

Komen
Loading...