Ikuti Kami:

Ustaz Mohd Azli ‘Korek’ Rahsia Elly Mazlein Selepas Berhijab

Ustaz Mohd Azli ‘Korek’ Rahsia Elly Mazlein Selepas Berhijab

Pengetua Maahad Ar-Raudhah (MARDHAH), Ustaz Mohd Azli Abdullah, tampil ‘mengorek’ rahsia perjalanan penghijrahan personaliti televisyen popular, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Dalam satu video yang di muatnaik di laman Tiktok, Elly berkongsi momen indah mengenai sokongan moral yang diterima daripada suaminya sejak beliau mula berhijab.

“Ustaz, tanpa kata-kata, kita mendapat kucupan yang hangat di dahi. Tidak cakap banyak, tahu-tahu dah kena cium di dahi. Beliau (suami) bagi sokongan yang sangat manis,” ujar Elly.

Selain menyentuh aspek emosi, perbincangan turut berkisar mengenai cabaran menjaga batas aurat sebagai seorang pempengaruh media sosial yang aktif.

Elly menjelaskan keputusannya untuk memakai stoking berwarna putih dalam setiap kandungan video adalah langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang fitnah atau salah faham.

“Kita nak mengelakkan fitnah. Saya sejenis manusia yang lain daripada yang lain. Kalau saya buat konten dan berlari santai, sampai boleh nampak betis. Jika saya pakai stoking warna kulit, ia akan menimbulkan fitnah, dan penat saya hendak menjelaskan bahawa saya sebenarnya memakai stoking.

“Jadi, bila saya pilih stoking putih, orang sudah tidak bertanya apa-apa lagi kerana semuanya sudah jelas,” jelasnya.

Mengakhiri sesi perkongsian tersebut, Ustaz Mohd Azli mengajak orang ramai untuk mengambil iktibar daripada kesungguhan yang ditunjukkan oleh selebriti berkenaan.

“Jom kita ambil pengajaran dari Kak Lina Pom Pom. Aurat terjaga, hati pun tenang,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya menyokong tindakan Elly dan berharap agar perjalanan hijrah beliau terus diberkati.

Terdahulu, penampilan Elly yang tampil berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada October tahun lalu mencuri perhatian ramai.

Loading...