Ikuti Kami:

Uqasha Senrose Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak, Fokus Pada Anak Pertama

Uqasha Senrose Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak, Fokus Pada Anak Pertama

Pelakon popular, Uqasha Senrose, menepis dakwaan bahawa rumah tangganya bersama suaminya, pelakon Kamal Adli, kini menghadapi masalah.

Menurut Uqasha, setiap pasangan suami isteri pasti menghadapi pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak pertama mereka.

“Setiap pasangan melalui fasa naik turun dalam perkahwinan. Tak semua perkara baik atau buruk perlu dikongsi secara terbuka,” jelas Uqasha ketika ditemui di set penggambaran filem Bisikan Dosa di Kuang, Selangor, pada Rabu lalu.

Beliau menambah bahawa selagi tiada isu yang memerlukan campur tangan mahkamah atau berakhir dengan perceraian, semuanya dianggap lumrah kehidupan suami isteri.

Memetik Media Hiburan, Uqasha turut mengakui cabaran yang datang seiring dengan fasa baharu sebagai ibu bapa.

“Nak kata bahagia setiap masa, itu tidak. Nak kata sedih sentiasa pun tidak. Kami kini di fasa menyambut anak pertama, jadi ada tanggungjawab baru—ada yang perlu bekerja, ada yang kena jaga anak. Semuanya pengalaman kali pertama buat kami,” katanya.

Tambah Uqasha, beliau dan Kamal sentiasa berusaha untuk mempertahankan perkahwinan mereka walaupun ada yang membuat spekulasi negatif.

“Saya tak faham kenapa isu ini timbul. Semua ini ketentuan Tuhan. Sejauh mana kita berusaha mempertahankan perkahwinan, itu terpulang pada diri sendiri dan pasangan,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa peranan sebagai ibu baru sangat mencabar, terutamanya dari segi emosi.

“Selepas menjadi ibu, emosi saya jadi keutamaan. Hal-hal kecil ini saya abaikan,” jelasnya lagi.

Di samping itu, Uqasha mendedahkan bahawa anak mereka, Hawra Uqaira, kini sedang ditahan di hospital akibat Influenza A. Walaupun sibuk dengan penggambaran, Uqasha tetap berulang-alik ke hospital.

“Saya dan Kamal tidur di hospital untuk jaga anak. Sekarang anak masih dalam pemantauan. Mama dan kakak bantu tengokkan anak di hospital,” katanya, menzahirkan rasa syukur atas sokongan keluarga.

Komen
Loading...