Ikuti Kami:

Until Dawn: Filem Seram Adaptasi Permainan Video Tiba di Pawagam May 2025

Until Dawn: Filem Seram Adaptasi Permainan Video Tiba di Pawagam May 2025

Filem seram terbaru Until Dawn bakal menghantui pawagam Malaysia bermula 8 May 2025.

Diarahkan oleh David F. Sandberg, filem ini diadaptasi daripada permainan video popular PlayStation Studios dan dijangka membawa pengalaman seram yang mendebarkan kepada penonton.

Mengisahkan Clover yang kembali ke lembah terpencil bersama rakan-rakannya setahun selepas kehilangan misteri kakaknya, Melanie.

Mereka menjelajah sebuah pusat pelawat terbiar, namun tanpa disangka, seorang pembunuh bertopeng mula memburu mereka satu per satu dengan kejam.

Namun, setiap kali mereka dibunuh, mereka terjaga semula di permulaan malam yang sama. Terperangkap dalam kitaran kematian yang berulang, ancaman pembunuh berubah setiap kali—semakin mengerikan daripada sebelumnya.

Apabila harapan semakin pudar, mereka menyedari bahawa mereka hanya mempunyai jumlah kematian yang terhad. Satu-satunya jalan keluar adalah untuk bertahan hingga terbit fajar.

Dibintangi oleh Ella Rubin, Michael Cimino, Odessa A’zion, Ji-young Yoo, Belmont Cameli, Maia Mitchell, dan Peter Stormare, filem ini diterbitkan oleh Asad Qizilbash, Carter Swan, David F. Sandberg, Lotta Losten, Roy Lee, Gary Dauberman, dan Mia Maniscalco.

Antara penerbit eksekutif termasuk Charles Miller dan Hermen Hulst. Nantikan Until Dawn di pawagam bermula 8 May 2025!

Komen
Loading...