Ikuti Kami:

Unik! Rekaan Beg Seakan Buah Durian Sebenar

Unik! Rekaan Beg Seakan Buah Durian Sebenar

Memandangkan sekarang ini sedang musim durian, bermacam-macam inovasi yang dapat kita tengok menggunakan raja buah ini. Bukan sahaja ciptaan pelbagai makanan menggunakan durian malah industri fesyen juga sudah terjebak dengan musim durian ini.

Sebuah kedai di Thailand iaitu Farmrak berjaya menarik perhatian ramai dengan koleksi beg tangan menyerupai buah tersebut. Apa yang menariknya, sekali pandang memang ramai yang akan menyangka ia adalah buah durian yang sebenar!

Rekaan beg tangan ini didatangkan di dalam tiga saiz yang berbeza di mana anda boleh pilih sendiri mengikut kesukaan anda. Untuk beg pertama dan kedua berharga THB390 (RM54), manakala beg ketiga berharga THB990 (RM137).

Bayaran penghantaran bermula dari THB354 (RM49) dan seterusnya bergantung pada berat pos. Berita baiknya adalah mereka juga boleh membuat penghantaran ke Malaysia. Melihatkan sambutan hangat yang diterima di Thailand, pastinya ianya juga bakal mendapat sambutan di Malaysia juga.

Sebelum ini, pereka fesyen dari Malaysia berjaya menarik perhatian ramai apabila tampil dengan koleksi beg tangan menggunakan plastik pembungkus makanan.

Pereka tersebut telah menggunakan plastik pembungkus roti Gardenia dan biskut cap Hup Seng yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia.

BACA : Kreatif! Beg Tangan Dari Plastik Biskut Hup Seng Dan Roti Gardenia

Komen
Loading...