Una Kongsi Pengalaman Bersiaran Langsung Bersama Fattah Amin
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
Una, staf kepada jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western, baru-baru ini berkongsi pengalaman menariknya ketika berkerja bersama pelakon terkenal, Fattah Amin.
Una, yang terkenal dengan sikap cerianya, turut menjawab pelbagai soalan penonton ketika melakukan sesi siaran langsung di tiktok.
Ketika ditanya oleh seorang penonton sama ada Fattah kelihatan tampan di luar kamera, Una dengan spontan menjawab, “(Fattah) bukan setakat ‘handsome’ tapi helok,” sambil tersenyum.
Namun, Una juga mengakui berdepan sedikit kesukaran untuk bercakap secara berdepan dengan Fattah disebabkan renungan mata aktor itu yang sangat memikat.
“Saya tak boleh nak bercakap secara berdepan sangat dengan Fattah sebab renungan mata dia,” ujar Una sambil tergelak kecil.
Dia menambah lagi, “Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’.”
Walaupun renungan Fattah dikatakan memukau, Una menafikan perasaan ‘cair’ yang sering digambarkan oleh peminat wanita Fattah.
“Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu,” kata Una dengan tenang.
Una juga berseloroh apabila menceritakan detik tersebut, “‘Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku,’” mencetuskan tawa dalam kalangan penonton yang menyaksikan sesi siaran langsung itu.
Pengalaman tersebut pastinya akan diingati oleh Una dan penonton yang turut serta dalam siaran langsung yang penuh dengan gurauan dan keakraban.