Bila berbicara tentang drama tempatan, sering kali ianya kurang mendapat sambutan. Ada yang bosan dengan jalan cerita klise dan pemilihan pelakon pula kurang sesuai dengan watak, tiada langsung ‘feel’ yang boleh menarik hati penonton.
Baru-baru ini, drama bersiri Korban Kasih yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan menjadi bahan tawa netizen gara-gara menggunakan pelakon yang sudah “tua” untuk membawakan watak pelajar sekolah.
#Widuri – Eh eh mak ni, tiber jek nak tengok bag Jalil dah kenapa 🙄
Saksikan lakonan @SaharulRidzwan @azrelismail @zarazyaofficial @umminazeera1 @dynasCLPT @hasnulrahmat @Ezzaty_Abdullah @haziq_fadhullah @MeorMohdAfif dalam #KorbanKasih (Ep.2) pukul 7.00 malam ini di TV1 pic.twitter.com/722RR2Gy3c— Saluran TV1 (@tv1_rtm) April 25, 2020
Dalam satu babak, dapat dilihat tiga orang adik-beradik lakonan Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Azrel Ismail yang berpakaian sekolah bersama-sama ibunya berada di luar kawasan rumah. Apa yang mencuti hati netizen ialah walaupun mereka membawa imej budak sekolah, namun wajah mereka tetap kelihatan sebaya dengan ibu mereka.
Main gym dari darjah 3 ke apa?
Bukan itu sahaja, nampak sangat pelik apabila melihat tubuh badan ‘sado’ Saharul dan Azrel. Mana mungkin pelajar sekolah memiliki badan sasa seperti itu.
Timbul persoalan, sudah tiadakah pelakon remaja di Malaysia hinggakan watak remaja dan dewasa pun dilakonkan oleh pelakon yang sama.
Mungkin pihak produksi tidak mempunyai bajet yang besar, sebab itu harus mengekalkan pelakon yang sama. Kita dah masuk tahun 2020, dah tiba masanya untuk hasilkan sesuatu yang lebih berkualiti dan bukan tangkap muat sahaja. Apa pula pendapat anda?
Sumber Berita : Twitter