Ikuti Kami:

Umairah Cipta Kelainan dengan Single Raya Pertama ‘Tak Balik Raya’

Umairah Cipta Kelainan dengan Single Raya Pertama ‘Tak Balik Raya’

Penyanyi baharu Umairah tampil dengan kelainan menerusi single raya pertamanya, Tak Balik Raya, yang kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Lagu ini bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi membawa mesej mendalam tentang realiti mereka yang terpaksa beraya jauh dari keluarga kerana komitmen kerja.

Berbeza dengan lagu raya tradisional yang biasanya bertemakan kegembiraan, Tak Balik Raya mengetengahkan emosi rindu dan sayu, namun tetap disuntik dengan melodi segar yang menjadikannya mudah diingati.

Lagu ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito ini menggabungkan elemen moden dengan lirik yang relevan, menjadikannya satu karya unik dalam senarai lagu raya tahun ini.

Menurut Umairah, lagu ini menggambarkan situasi sebenar yang dihadapi ramai anak perantau ketika musim perayaan. “Walaupun tidak dapat pulang beraya, teknologi hari ini membolehkan kita tetap berhubung dengan keluarga. Lagu ini membawa mesej bahawa jarak bukan penghalang untuk merasai kemeriahan Hari Raya,” katanya.

Kelebihan Tak Balik Raya turut terletak pada penyampaiannya yang segar dan dekat dengan jiwa pendengar muda.

“Melodi dan emosi lagu ini sangat sesuai dengan usia remaja saya, sebab itu saya terus jatuh hati sejak pertama kali mendengar demo lagu ini,” tambah Umairah, yang sebelum ini menjuarai kategori vokal (junior) di World Championships Of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bagi mengukuhkan lagi keunikan lagu ini, Umairah bakal melancarkan video muzik rasmi Tak Balik Raya di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 7 Mac ini, jam 9 malam.

Video muzik yang diarahkan oleh Rifaiee Rio ini turut menampilkan rakan-rakan Umairah dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur sebagai penari pengiring, memberikan sentuhan lebih dekat dengan generasi muda.

Universal Music Sdn. Bhd. bertindak sebagai pengedar rasmi dan akan membantu mempromosikan lagu ini sepanjang Ramadan dan Syawal.

Dengan gabungan melodi moden, lirik bermakna, dan penyampaian yang segar, Tak Balik Raya menjanjikan sesuatu yang berbeza buat peminat lagu raya tahun ini. Dengarkan sekarang di semua platform digital!

Komen
Loading...