Ulike Pilih Anna Jobling Sebagai Wajah Rasmi, Sasar Pasaran Teknologi Kecantikan
- oleh MDaily Editor
- 12 Feb 2026 10:16 pm
Jenama peranti kecantikan dan penyingkiran bulu No.1 dunia, Ulike, secara rasminya memperkenalkan pelakon popular, Anna Jobling, sebagai duta jenama bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi kecantikan di pasaran Malaysia.
Pelantikan itu diumumkan bersempena Acara Tahun Baharu RAYA Ulike 2026 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Caffeinees, Kampung Pandan, di sini, semalam.
Kehadiran Anna sebagai wajah rasmi dilihat sebagai langkah strategik jenama berkenaan dalam mendekati pengguna tempatan, khususnya golongan muda yang mementingkan aspek penjagaan diri dan keyakinan penampilan melalui inovasi teknologi terkini.

Anna yang tampil memukau pada majlis yang bermula jam 2 petang itu menyifatkan kerjasama tersebut sebagai satu medium untuk mendidik wanita Malaysia tentang kepentingan memilih teknologi yang selamat dan berkesan dalam rutin kecantikan harian.
“Bagi saya, Ulike bukan sekadar produk teknologi, tetapi satu pendekatan yang memudahkan wanita menguruskan kecantikan dengan lebih efisien di rumah. Ia adalah tentang membina keyakinan diri melalui inovasi yang selesa dan hampir tidak menyakitkan,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Acara bertemakan #GlowWithUlike itu turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal seperti Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, selain barisan pempengaruh (KOL) dan TikToker popular yang hadir memberikan sokongan terhadap perkembangan jenama berkenaan di peringkat nasional.
Sebagai peneraju global, Ulike telah meluangkan masa selama 10 tahun dalam penyelidikan untuk membangunkan teknologi Intense Pulsed Light (IPL) yang ikonik, termasuk teknologi Sapphire Ice Cooling.
Inovasi ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman penyingkiran bulu yang berkesan, sekali gus menetapkan piawaian baharu dalam industri peranti kecantikan rumah.

Menerusi kempen Tahun Baharu RAYA ini, Ulike turut mempamerkan rangkaian produk unggulnya seperti Ulike Air10 PRO yang menjanjikan pengurangan bulu sehingga 96 peratus dalam tempoh seawal dua minggu, serta Ulike Air2 MAX yang direka khas untuk golongan muda.
Selain peranti penyingkiran bulu, Ulike turut mengetengahkan inovasi penjagaan wajah menerusi Ulike ReGlow LED Face Mask.
Bagi pengguna yang ingin mendapatkan rangkaian produk inovasi ini, peranti Ulike boleh didapati secara dalam talian melalui Kedai Rasmi Ulike di platform e-dagang Shopee dan Lazada, serta laman web rasmi mereka di https://my.ulike.com/.




