Ikuti Kami:

Ulasan Weapons: Ada Apa Dengan Detik 2:17?

Ulasan Weapons: Ada Apa Dengan Detik 2:17?

Filem seram Weapons bermula dengan satu kejadian pelik pada tepat jam 2.17 pagi seramai 17 orang kanak-kanak bangun dari tidur dan keluar dari rumah mereka tanpa sebab yang jelas.

Semua kanak-kanak dari kelas yang sama, hanya seorang murid lelaki bernama Alex tidak turut serta, sekali gus menimbulkan misteri dan persoalan bagi pihak sekolah serta polis yang menjalankan siasatan.

Filem ini diarahkan oleh Zach Cregger dan menggunakan cara penceritaan yang unik dengan setiap bahagian ditunjukkan dari sudut pandang orang berbeza.

Antaranya seorang guru sekolah lakonan Julia Garner seorang bapa yang sedih kehilangan anak lakonan Josh Brolin seorang polis dan juga pengetua sekolah. Setiap watak ada kisah sendiri yang saling berkait.

Cara cerita disusun agak perlahan tetapi penuh rasa ingin tahu dengan suasana dalam filem ini gelap dan sunyi serta dibantu muzik yang membuat penonton rasa tidak selesa dan takut.

Tidak banyak kejutan tiba tiba seperti filem seram biasa tetapi rasa seram dibina sedikit demi sedikit.

Julia Garner membawa watak guru yang penuh emosi dan menyimpan banyak rahsia. Josh Brolin pula berjaya memaparkan perasaan seorang bapa yang kecewa dan marah.

Watak Aunt Gladys yang dibawakan oleh Amy Madigan turut mencuri perhatian, terutamanya dengan penampilan menyeramkan dan kemunculan mengejut.

Weapons bukan sekadar cerita seram, filem ini menyentuh tentang perasaan trauma perasaan bersalah dan bagaimana orang ramai memberi reaksi apabila sesuatu perkara buruk berlaku.

Waktu 2.17 pagi itu bukan sekadar masa tetapi menjadi lambang kepada perubahan besar dalam hidup watak watak ini.

Pengakhiran filem mungkin tidak jelas bagi sesetengah penonton tetapi ia tetap memberi kesan yang kuat kepada mereka yang suka filem seram yang lain daripada biasa dan buat kita berfikir.

Selain Josh Brolin, Julia Garner, Amy Madigan barisan pelakon utama termasuk  Alden Ehrenreich, Austin Abrams dan Benedict Wong.

Dengan penilaian 100% daripada Rotten Tomatoes, Weapon berpotensi besar menarik minat peminat filem seram untuk menontonnya.

Sudah mula ditayangkan pada 7 Ogos, tiket kini boleh didapati di semua cawangan TGV di seluruh negara. Layari www.tgv.com.my

Komen
Loading...