Ikuti Kami:

Ulasan: Superman 2025 Tarik Peminat Baharu Dan Lama Ke Pawagam

Ulasan: Superman 2025 Tarik Peminat Baharu Dan Lama Ke Pawagam

Selepas sekian lama dinanti, filem Superman (2025) akhirnya menemui penonton dan berjaya mencuri perhatian bukan sahaja peminat lama adiwira ini malah generasi baharu yang pertama kali menonton wira dari planet Krypton di layar perak.

Filem arahan James Gunn ini membawa nafas baharu kepada watak ikonik Superman yang kini dilakonkan oleh David Corenswet.

Bersama barisan pelakon hebat seperti Rachel Brosnahan, Isabela Merced, Edi Gathegi, Nathan Fillion dan Anthony Carrigan, filem ini menggabungkan elemen klasik Superman dengan pendekatan moden yang lebih ringan dan berjiwa.

Menariknya, jalan cerita tidak bermula dengan asal usul Superman seperti biasa. Sebaliknya penonton terus dibawa ke dunia di mana Superman sudah dikenali ramai namun masih bergelut untuk diterima oleh masyarakat yang semakin ragu terhadap niat dan kuasanya.

Filem ini menyentuh soal identiti, kepercayaan dan keinginan untuk berbuat baik dalam dunia yang semakin sinis.

Satu perkara yang pasti menggembirakan peminat tegar ialah penampilan kostum klasik Superman. Kali ini Superman mengenakan pakaian berwarna biru terang dengan logo ‘S’ ikonik di dada serta seluar dalam merah di luar seperti dalam komik asal. Rekaan ini menjadi simbol penghormatan kepada legasi Superman terdahulu sekali gus mengembalikan nostalgia kepada peminat lama.

Filem ini juga turut memperkenalkan beberapa watak penting dalam dunia DC Universe antaranya Hawkgirl (Isabela Merced), Mister Terrific (Edi Gathegi) dan Green Lantern versi Guy Gardner (Nathan Fillion). Kehadiran mereka memberi petunjuk awal kepada perkembangan dunia sinematik DC baharu yang lebih luas dan saling berkait.

Ia membuka ruang kepada lebih banyak kisah sampingan dan kesinambungan filem-filem DC akan datang.

Corenswet menampilkan Superman yang lebih manusiawi, penuh simpati, lembut namun tetap berkuasa. Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane turut menyerlah dengan watak wartawan yang berani dan lantang.

Antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran Krypto, anjing kesayangan Superman yang menambah elemen comel dan humor dalam filem ini.

Watak jahat Lex Luthor yang dilakonkan oleh Nicholas Hoult juga memberi impak besar menggambarkan ancaman moden yang tidak hanya melibatkan kekerasan fizikal tetapi juga manipulasi persepsi dan kuasa media.

James Gunn berjaya menyuntik semangat baharu dalam dunia DC dengan membawakan filem yang lebih ceria dan mudah didekati tanpa mengabaikan nilai-nilai penting seperti harapan, kejujuran dan keberanian.

Walaupun beberapa babak kelihatan padat dan ada terlalu banyak watak sampingan, perjalanan keseluruhannya masih mudah diikuti dan menghiburkan.

Sebahagian dari kempen “Home of Heroes”, TGV Cinemas turut menawarkan Hero Pass: Superman edisi “Super Chromatic” secara eksklusif kepada penonton yang menyaksikan filem ini di pawagam mereka. Rekaan eksklusif ini hadir dalam stok yang sangat terhad dan hanya boleh diperoleh selagi masih ada.

Dua versi koleksi tersedia, menampilkan imej rasmi Superman serta visual artistik adiwira tersebut. Ia menjadi buruan peminat tegar dan kolektor.

Jangan lepaskan peluang ini tempah tiket anda sekarang di www.tgv.com.my dan jadilah sebahagian daripada sambutan adiwira paling hebat tahun ini.

Komen
Loading...