
Setelah musim ketiga yang penuh aksi dan emosi, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kembali dengan kesinambungan epik yang menggoncang dunia animasi Malaysia.
Filem ini bermula tepat selepas episod terakhir Ejen Ali Musim 3, di mana Ali bergelut untuk menyesuaikan diri dengan suit canggih SATRIA.
IRIS, yang kini berada di tangan Alicia selepas kemenangan sengitnya dalam pertandingan Arena M.A.T.A., membawa dinamik baru dalam hubungan mereka sebagai ejen M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency).
Namun, ketenangan mereka tidak bertahan lama. Ancaman Neonimus, musuh misteri yang telah lama disebut dalam siri tetapi tidak pernah didedahkan identitinya, akhirnya muncul untuk menggugat kestabilan M.A.T.A. dan menjatuhkan Ali.
Konflik dalaman mula menyelubungi Ali, Alicia, dan para ejen lain, menjadikan naratif filem ini lebih kompleks dan matang berbanding filem pertamanya.
Usamah Zaid dan pasukannya berjaya menggarap kisah yang penuh aksi, emosi, dan kejutan. Penonton akan menyaksikan perjalanan Ali yang bukan sahaja bertarung secara fizikal tetapi juga secara emosional, menghadapi cabaran persahabatan, kepercayaan, dan tanggungjawab sebagai ejen muda.
Dengan teknik 3D animasi yang terus berkembang, Ejen Ali The Movie 2 mencapai tahap antarabangsa dalam setiap aspek visualnya.
Muzik skor karya Azri Yunus memberi impak besar, menyempurnakan adegan aksi dan momen-momen dramatik. Tiga lagu ikonik Hanya Kamu oleh Dato’ M. Nasir, Teman Sejati oleh Nidji, dan Pejuang oleh Hael Husaini melengkapkan perjalanan emosi filem ini, menjadikan setiap adegan terasa lebih berkesan.
Untuk menikmati filem ini sepenuhnya, penonton disarankan untuk mengikuti perjalanan Ejen Ali dari musim pertama hingga musim ketiga serta filem pertama. Setiap peristiwa dan motivasi karakter akan lebih bermakna apabila anda memahami latar belakang mereka.
Strategi pemasaran yang agresif oleh Primeworks Studios dan Wau Animation menjadikan filem ini salah satu tayangan paling dinantikan tahun ini.
Dengan barangan eksklusif seperti IRIS dari TGV Cinemas dan kempen interaktif bersama peminat, EATM2 berjaya membangkitkan keterujaan nasional.
TGV Mega Ejens Party turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini, di mana peminat berpeluang merasai pengalaman eksklusif bersama Ali dan ejen M.A.T.A. Aktiviti interaktif, merchandise eksklusif, dan suasana penuh aksi menjadikan ini acara wajib hadir bagi seluruh keluarga.
TGV terus membuktikan dirinya sebagai Home of Heroes, menyatukan peminat animasi tempatan untuk menyokong karya hebat ini. Jangan lupa menonton di pawagam berhampiran bersama keluarga. Dapatkan tiket anda sekarang di www.tgv.com.my
Sebuah karya animasi Malaysia yang membanggakan! Elakkan penyebaran spoiler dan sokong karya tempatan secara sah!