Ikuti Kami:

UK’s Showcase “Up Close and Personal” Ditunda ke Tarikh Baharu

UK’s Showcase “Up Close and Personal” Ditunda ke Tarikh Baharu

Band terkenal UK’s hari ini mengumumkan penundaan showcase eksklusif mereka yang bertajuk “UK’s: Up Close and Personal,” yang sepatutnya diadakan pada 26 Oktober ini. Tarikh baharu untuk acara ini akan diumumkan kemudian.

Vokalis UK’s, Amir, menyatakan bahawa keputusan ini diambil dengan penuh kesedihan berikutan isu berbangkit yang memerlukan perhatian segera.

“Kami memohon maaf kerana acara ini sepatutnya menjadi showcase pertama yang eksklusif untuk peminat setia kami,” ujarnya dalam kenyataan media.

Amir menjelaskan bahawa persiapan untuk showcase ini telah dilakukan selama beberapa bulan, dengan harapan menjadikannya malam yang penuh intimasi sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang telah diberikan oleh peminat selama lebih tiga dekad.

“Kami sangat teruja untuk bertemu dengan peminat, tetapi keadaan semasa memaksa kami untuk menunda acara ini,” katanya.

Acara ini sebelum ini dirancang untuk diadakan di Hotel Ideas dan dianjurkan oleh Amir UK’s Entertainment bersama Laga Emas Sdn Bhd. Pihak penganjur juga mengesahkan bahawa peminat yang telah membeli tiket akan mendapat pulangan wang sepenuhnya.

Mereka diminta untuk menghubungi Encik Pashah di talian 012-4289428 untuk proses tuntutan.

Bagi peminat yang telah membuat tempahan hotel melalui aplikasi yang dipilih, mereka disarankan untuk membatalkan tempahan dengan segera. Amir sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap isu yang dihadapi dapat diselesaikan secepat mungkin agar showcase dapat diteruskan.

“Kami sangat menghargai kesetiaan peminat selama lebih tiga dekad ini. Sokongan anda adalah pendorong utama kami untuk terus berjuang dalam dunia seni,” ujarnya menutup kenyataan.

Komen
Loading...