TVS Inspire Lancar Aplikasi OTT, Dua Acara Eksklusif Menanti Penonton
- oleh MDaily Editor
- 13 Nov 2025 10:51 pm
TVS melangkah setapak ke hadapan dalam dunia hiburan digital dengan pelancaran TVS Inspire, aplikasi OTT baharu yang kini boleh dimuat turun sejak 25 Oktober lalu.
Aplikasi ini membolehkan penonton menikmati pelbagai kandungan dari TVS, termasuk siaran langsung, program on-demand, dokumentari, berita, dan hiburan, terus di hujung jari melalui aplikasi telefon pintar anda.
Sebagai langkah memperkasa pengalaman hiburan, TVS Inspire bakal menyiarkan dua acara eksklusif pada Sabtu ini, 15 November 2025.

Twins Championship 103 menampilkan aksi tinju amatur bermula 9:00 pagi, diikuti perlawanan profesional dari 7:30 malam hingga 11:30 malam, termasuk pertarungan sengit antara Kilat Boy dari Malaysia dan Yenson Mustamu dari Indonesia.
Penonton boleh menyaksikannya secara langsung melalui aplikasi TVS Inspire, serta platform Facebook, YouTube dan TikTok TVS Entertainment.
Pada masa yang sama, Malam Gala AIFFA 2025 akan bermula jam 9:00 malam, menampilkan bintang filem terkenal Hong Kong, Simon Yam, serta diva pop Indonesia, Ruth Sahanaya, dalam satu malam penuh kemewahan dan prestij. Acara ini boleh diikuti melalui TVS Inspire, Saluran 122 Astro, MYTV, dan Unifi TV.

TVS Inspire terus memperkaya kandungan dengan program dari Sarawak dan seluruh dunia, merangkumi pelbagai genre dari sukan hingga hiburan.
Pada bulan Disember, penonton turut berpeluang menyaksikan siaran SEA Games Thailand 2025, menjadikan TVS Inspire platform hiburan yang lengkap bagi semua lapisan penonton.
Aplikasi TVS Inspire boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play, membolehkan penonton menikmati pelbagai kandungan dari TVS, termasuk siaran langsung, program on-demand, dokumentari, berita, dan hiburan, terus di hujung jari.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi https://www.tvsarawak.my/




