Ikuti Kami:

Tular Video Lelaki Gantung Anjing Pada Pokok, Dia Ada Masalah Mental – Polis

Tular Video Lelaki Gantung Anjing Pada Pokok, Dia Ada Masalah Mental – Polis

Tidak berperikemanusiaan. Itu yang boleh disifatkan terhadap satu video tular di media sosial memaparkan seekor anjing digantung pada pokok dengan mulut diikat sambil diperhatikan seorang lelaki.

Semakan rekod menunjukkan lelaki yang tidak bekerja dan tinggal bersama keluarganya di rumah berkenaan mempunyai masalah mental serta pernah mendapatkan rawatan berkaitan di Hospital Banting sejak tiga tahun lepas.

“Pemeriksaan awal ke atas anjing itu mendapati ia tidak dicederakan. Kes disiasat oleh Bahagian Kebajikan Haiwan DVS Cawangan Banting mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 722).

“Lelaki itu juga telah ditahan oleh bahagian kebajikan haiwan itu kira-kira pukul 11 malam, semalam di rumahnya dan diserahkan kepada polis untuk tujuan reman hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya menerima satu laporan mengenai insiden berkenaan daripada wakil Bahagian Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Cawangan Banting kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Berdasarkan maklumat daripada Bahagian Kebajikan Haiwan DVS, mereka menerima aduan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 10 pagi dan segera ke lokasi berkenaan.

“Mereka meminta lelaki tersebut melepaskan anjing terbabit tetapi dia enggan melakukannya. Setelah diberi amaran, barulah ia dilepaskan. Anjing itu kemudian dirampas Bahagian Kebajikan Haiwan DVS untuk pemeriksaan,” katanya hari ini.

Azizan berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di hadapan rumah lelaki warga tempatan berumur 45 tahun itu dan dia turut mengaku anjing tersebut adalah miliknya.

Video kejadian yang tular sejak semalam itu dikesan berlaku di Batu 17, Sungai Sedu, Jalan Banting-Klang.

Komen
Loading...