Ikuti Kami:

Tular Sungai Melaka Jernih, KM Harap Ia Terus Kekal Selepas PKP

Tular Sungai Melaka Jernih, KM Harap Ia Terus Kekal Selepas PKP

MELAKA: Sungai Melaka yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar ‘kehijauan’ sungai itu tular di media sosial dan menimbulkan keterujaan dalam kalangan netizen terutama anak Melaka sendiri namun ada yang mengatakan gambar itu tidak benar dan disunting.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali keadaan ini berikutan kerana tiada aktiviti seperti sebelum penularan COVID-19 yang berlaku dipersekitaran sepanjang sungai Melaka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya amat berharap tahap kebersihan dan keindahan lokasi-lokasi pelancongan menarik di Negeri Melaka ini dapat terus dikekalkan pada masa-masa akan datang”

“Kita tahu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tiada kemasukan pelancongan dari luar ke Negeri Melaka, malah penduduk tempatan juga tidak boleh bebas bergerak”

Dalam kenyataan sama beliau telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka supaya menjadikan agenda meningkatkan tahap keindahan, kebersihan dan kecerian kawasan pentadbiran masing-masing menjadi keutamaan.

Komen
Loading...