Ikuti Kami:

Tular seorang wanita mendakwa menggunakan ‘cable’ Ketua Polis Negara, Ini komen Hamid Bador

Tular seorang wanita mendakwa menggunakan ‘cable’ Ketua Polis Negara, Ini komen Hamid Bador

Selepas tular status yang dimuat naik seorang wanita menerusi akuan Twitternya yang mendakwa menggunakan ‘cable’ atau kenalan Ketua Polis Negara, harini Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan beliau tidak pernah dihubungi mana-mana pihak untuk mendapatkan pengecualian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Beliau berkata kebenaran atau sebarang pengecualian hanyalah diberikannya kepada kes membabitkan kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit.

“Saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapapun untuk mendapatkan keistimewaan bagi melakukan sebarang perjalanan tidak wajar dalam tempoh PKP ini berkuat kuasa.

“Segala peraturan yang terkandung di dalam PKP ini mestilah dipatuhi oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas mendapat kritikan netizen wanita berkenaan bertindak memadamkan akuan media sosialnya namun beberapa tangkap layar status berkenaan masih tukar di media sosial.

Komen
Loading...