Ikuti Kami:

Tukang Gunting Rambut Di Setapak Sah Positif COVID-19, 40 Kontak Rapat Dikuarantin

Tukang Gunting Rambut Di Setapak Sah Positif COVID-19, 40 Kontak Rapat Dikuarantin

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah harini telah mengesahkan Kes tukang gunting rambut yang berlaku di KL Trader’s Square di Setapak dan disahkan positif COVID-19.

BACA : Tukang Gunting Rambut Disyaki Positif COVID-19

Kes merupakan seorang lelaki warganegara pakistan yang berkerja sebagai tukang gunting rambut di salon di KL Trader’s Square.

“Hasil siasatan awal, kedai gunting rambut tersebut tidak beroperasi sejak bermulanya fasa PKP yang pertama. Namun beliau terus memberi khidmat gunting rambut dari rumah ke rumah atas permintaan pelanggan dia kawasan sekitar.

“Terdapat seramai 25 orang kontak rapat yang dikenalpasti setakat ini melalui rekod panggilan telefon iaitu 4 orang rakan serumah dan 21 orang pelanggan,” katanya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata salon tersebut mula beroperasi pada 10 Jun 2020 dan majikan telah membawa beliau menjalani saringan COVID-19 selepas itu.

“Terdapat 15 orang kontak rapat yang telah mendapat khidmat gunting rambut daripada beliau sehingga 11 Jun 2020.”

“Dengan itu jumlah kontak rapat yang telah dikenalpasti adalah seramai 40 orang. Mereka ini telah disaring dan diarah untuk dikuarantin dirumah,” katanya pada sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Warganegara pakistan ini telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun 2020 dan punca jangkitan masih belum dikenalpasti dan siasatan masih dijalankan.

Komen
Loading...