Ikuti Kami:

Tujuan Aliff Aziz Dan Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Lanjut Bon Jamin Kes Khalwat

Tujuan Aliff Aziz Dan Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Lanjut Bon Jamin Kes Khalwat

Sebentar tadi, pasangan pelakon kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Sudah pasti kehadiran mereka ke sana adalah bagi tujuan kes tangkap khalwat sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini hadir untuk lanjutan bon jamin kes khalwat.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) memaklumkan kes ditangguhkan dan sebutan kes dan pertuduhan di Mahkamah Tinggi akan dimaklumkan kemudian.

Setakat ini, Aliff Aziz mahupun Ruhainies masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan kes mereka.

Komen
Loading...