Ikuti Kami:

Tragedi Ngeri di Manjung: Lelaki Rentung Dibunuh Adik Sendiri

Tragedi Ngeri di Manjung: Lelaki Rentung Dibunuh Adik Sendiri

Satu tragedi menyayat hati berlaku apabila seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam keadaan rentung selepas dipercayai dibunuh oleh adik kandungnya sendiri di Manjung, Perak

Kejadian ngeri ini dilaporkan berlaku pada 25 September lalu dan telah menyebabkan ibu mangsa, Azizah Uda, mengalami trauma yang mendalam serta ketakutan berpanjangan.

Menurut laporan Harian Metro, pada malam kejadian sekitar jam 2.40 pagi, Azizah dan anak sulungnya, Norazilawati, sedang tidur di bilik berasingan, manakala cucu Azizah yang berumur 18 tahun baru sahaja keluar dari tandas dan melihat kejadian tersebut berlaku.

Cucunya sempat melihat mangsa, Mohamad Hairul Ridzuan, tidur di ruang tamu sebelum suspek, yang dipanggil “pak uda,” masuk ke dalam rumah dalam keadaan tidak sihat.

“Anak saya tahu pak uda tak sihat, jadi dia segera masuk ke bilik dan mengunci pintu kerana takut,” kata Norazilawati.

Tidak lama kemudian, mereka terdengar bunyi hentakan kuat diikuti nafas terakhir mangsa. Dari tingkap, anak sulung Norazilawati melihat suspek membawa dua tong petrol sambil berbogel, badannya berlumuran darah.

Menurut polis, suspek telah menghentak mangsa dengan lesung batu sebelum membakar mayatnya.

Ibu mangsa, Azizah, terkejut dengan kejadian tersebut dan bertanya kepada suspek mengapa dia membunuh. Suspek menjawab bahawa dia mendengar bisikan dan hanya membunuh serta membakar kucing.

Siasatan menunjukkan bahawa suspek pernah bekerja di hotel dan sihat sebelum ini, tetapi mulai menunjukkan kelakuan pelik dan bercakap merapu sejak tahun 2018.

Suspek juga baru sahaja keluar dari Penjara Tapah pada 20 September lalu selepas disabitkan kesalahan merosakkan mesin ATM di sebuah bank, dan dua hari selepas itu, dia sekali lagi membuat kecoh apabila berjalan sambil berbogel di sebuah bank di Sitiawan.

Komen
Loading...