Ikuti Kami:

Tony Eusoff Bidas Kenyataan Finas Mahu Filem Tempatan Tercalon Oscar

Tony Eusoff Bidas Kenyataan Finas Mahu Filem Tempatan Tercalon Oscar

Pelakon Tony Eusoff dilihat seakan kurang senang dengan kenyataan (FINAS) yang memasang impian untuk melihat filem tempatan diangkat ke peringkat antarabangsa termasuklah dicalonkan ke Anugerah Akademi atau Anugerah Oscar.

Perkara itu diluahkan Tony menerusi platform Twitternya malah beranggapan banyak lagi masalah filem dan televisyen perlu ditangani terlebih dahulu.

“Jangan la asyik cakap nak menang Oscar je. Kita ni kat kampung pun tak tentu jaguh lagi.”

Menurut Tony, jika mahu menang Oscar sekali pun, apakah langkah-langah yang dicadangkan?

“Banyak lagi masalah filem/tv yang perlu ditangani. Pastikan pelakon tak perlu bawak baju sendiri untuk shooting. Wig pun masih jelas nampak palsu.”

Hal ini kerana, dari segi bajet sekalipun, filem tempatan adalah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pemenang oscar sebelum ini.

Malah menyeru pihak berkenaan supaya tidak memperlekehkan cabaran pekerja filem tanah air dengan niat hanya mahu menang anugerah antarabangsa.

Komen
Loading...