Ikuti Kami:

Tomok Fokus Kepuasan Peminat dalam Konsert Memori Mungkin Berulang

Tomok Fokus Kepuasan Peminat dalam Konsert Memori Mungkin Berulang

Penyanyi, Tomok, bakal mempersembahkan Konsert Memori Mungkin Berulang bersama rakan artis Siti Nordiana pada 1 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur, yang dianjurkan di bawah labelnya sendiri, Popsicle Records.

Konsert ini akan membawa lagu-lagu popular yang merangkumi dua dekad perjalanan seni mereka, menghidupkan kembali nostalgia peminat.

Dengan memberi fokus kepada pengalaman peminat, Tomok ingin memastikan konsert ini menjadi momen yang bererti dan menyentuh jiwa mereka.

“Ini kali pertama saya dan Nana berkongsi pentas. Kami berdua ingin memberikan persembahan yang penuh makna bagi peminat kami yang setia,” ujar Tomok.

Siti Nordiana pula menerima pelawaan Tomok dengan penuh rasa syukur dan teruja untuk menyanyikan lagu-lagu yang sangat dekat di hati peminat.

“Ini peluang istimewa untuk membawa kembali kenangan bersama peminat yang telah bersama kami dari awal perjalanan,” katanya.

Tiket Konsert Memori Mungkin Berulang telah mula dijual sejak 28 Oktober 2024 dengan harga bermula dari RM98 hingga RM500 untuk VIP Box.

Dijual menerusi platform Ticket2u, konsert ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan separuh tiket sudah habis terjual dalam minggu pertama.

Inisiatif Tomok untuk menganjurkan konsert ini sendiri adalah langkah untuk memberi pengalaman yang lebih mendalam kepada peminat, sambil membuka peluang kerjasama dan kolaborasi untuk konsert masa hadapan dalam industri muzik tanah air.

Beliau turut membuka peluang kepada mana-mana pihak yang ingin menyokong konsert ini dalam bentuk penajaan atau kerjasama.

Foto Oleh : Pa Pa Din (Amoz)

Komen
Loading...