Ikuti Kami:

TM Sabah Naik Taraf Kelajuan Pusat Internet Di Pitas Kepada 300Mbps

TM Sabah Naik Taraf Kelajuan Pusat Internet Di Pitas Kepada 300Mbps

Susulan dari lawatan TM Sabah ke kampung adik Veveonah Mosibin (Veve) pada 19 Jun yang lalu, TM sabah telah menaiktaraf kelajuan internet di Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah menggunakan sambungan gentian fiber 300Mbps.

Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah adalah pusat internet yang terdekat dengan kampung Veve.

“Pusat Internet ini juga merupakan Pusat Internet pertama di Sabah yang dilengkapkan dengan sambungan internet berkelajuan sehingga 300Mbps.” katanya.

Mengakui bukan mudah kerana Kampung Pitas terletak kurang 3 jam dari Kota Kinabalu tetapi TM Sabah tetap komited bagi kemudahan orang kawasan beliau khususnya dan kawasan pendalaman secara amnya.

“Pencapaian ini bukan mudah. Kampung Pitas terletak kurang dari 140km dari Kota Kinabalu tetapi ia mangambil masa lebih 3 jam untuk ke sana dengan menggunakan kenderaan 4×4.

“Tempatnya terpencil dan ini memberi cabaran bagi kami dari segi penyambungan kabel fiber dan penyelenggaraan.

“Namun penat dan lelah kami terubat kerana Veve dan komuniti beliau kini boleh mendapat manfaat dari sambungan internet jalur lebar yang kami sediakan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Pengarah Wilayah TM negeri Datuk Mohd Sainal Mohd Amin melancarkan perkhidmatan jalur lebar Unifi TM berkelajuan tinggi di Pusat Internet, Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas.

Dalam pada itu, Mohd Sainal berkata orang ramai boleh memanfaatkan perkhidmatan pusat Internet desa sebagai wadah ke arah menjalani kehidupan dalam kebiasaan baharu di samping pembelajaran secara dalam talian.

“Sebagai tulang belakang telekomunikasi negara, TM akan terus memberikan khidmat agar masyarakat yang berada di luar bandar turut menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi,” katanya.

BACA : Gigih Pelajar Sabah Ini Panjat Pokok Jawab Peperiksaan Online

Foto : TM SABAH.

Komen
Loading...