Ikuti Kami:

Tindakan Tegas Warga Asing Miliki MyKad Palsu

Tindakan Tegas Warga Asing Miliki MyKad Palsu

Amaran buat warga asing yang memiliki MyKad palsu, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan kerajaan Malaysia, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

Ismail Sabri berkata di bawah Op Benteng yang dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), penguatkuasaan terhadap warga asing diperkasakan termasuk mereka yang menggunakan MyKad palsu.

“Seperti saya katakan tindakan kita untuk menangkap pendatang tanpa izin ialah termasuk mengambil tindakan jika mereka menghalalkan kemasukan ke negara ini mengunakan dokumen pengenalan palsu.

“Op Benteng akan diteruskan termasuk kalau ada membuktikan mereka menggunakan kad pengenalan klon dan sebagainya, tindakan akan diambil sekeras-kerasnya,” katanya pada sidang media harian perkembangan PKPP di sini hari ini.

Semalam dilaporkan polis menahan lapan warga Indonesia yang cuba memohon pekerjaan di sebuah kilang menggunakan MyKad palsu.

Hasil siasatan mendapati rakyat Indonesia berkenaan mendapatkan MyKad itu daripada beberapa individu berasingan dengan membayar RM200 hingga RM300 tahun lepas.

Komen
Loading...