Peminat tegar atau pentaksub influencer Abang Bas telah hadir menyerang TikTok Uyaina Arshad. Ini selepas Uyaina mempertahankan tindakan polis menahan dan menyiasat pemandu bas tersebut bagi membantu siasatan kes di bawah kesalahan berkaitan dengan Akta Kanak Kanak.
Ternyata masih ramai yang berdiri teguh mempertahankan tindakan pemandu bas tersebut yang memuat naik konten melibatkan minor.
Akibat Uyaina mempertahankan tindakan polis menahan Abang Bas. Dia diserang oleh pengikut setia pemandu bas sekolah tersebut. Uyaina mempertahankan tindakannya dengan berkata: “Kerja dia bawa bas. Jadi bawa sahaja bas itu
“Skop kerja dia tak termasuk rekod video anak orang semasa dalam bas. Tolong hadam. Ataupun awak juga sejenis yang suka merakam video budak budak?”
Bagi Uyaina, sama juga seperti pekerja di bidang lain. Tidak boleh sesuka hati merekod video anak orang lain.
“Kamu nak rekod video siput tak apa, anak orang tak payah,” kata dia lagi.
Uyaina memuat naik di IG Storynya menyatakan dia benar benar tergamam melihat ramai yang mengecamnya kerana dia mengkritik tindakan Abang Bas.
“Inilah kemunduran media sosial. Apabila orang baru dapat perhatian menerusi likes, views di media sosial, membuatkan mereka berasa bersemangat membuat konten seperti itu walaupun dah sah salah.
“Ada yang suruh saya bawa bas sebab menurut pandangan mereka ini, saya ‘menyerang’ Abang Bas tu. Dan bawa bas ini bukan tanggungjawab yang mudah.” tegas Uyaina.