Ikuti Kami:

Tiket GENKRU Hari Kedua Licin Lebih Cepat – Habis Dalam 45 minit

Tiket GENKRU Hari Kedua Licin Lebih Cepat – Habis Dalam 45 minit

Fenomena luar biasa terus dicipta oleh peminat setia KRU! Tiket untuk GENKRU Hari Kedua telah habis dijual dalam masa hanya 45 minit, mengalahkan rekod tiket hari pertama yang habis dalam masa 1 jam.

“Kami benar-benar tidak menyangka sambutan sehebat ini. Tiket hari kedua licin lebih cepat berbanding hari pertama. Ini adalah tanda kasih sayang dan penghargaan yang mendalam daripada semua peminat KRU. Saya dan pasukan ICON ENTERTAINMENT berasa sangat terharu dan ‘speechless’,” kata Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.

Iman turut menegaskan bahawa pihaknya komited untuk memberikan pengalaman konsert terbaik kepada semua peminat yang telah bersusah payah mendapatkan tiket.

“Kami akan memastikan semua GENKRU yang hadir pada kedua-dua hari konsert nanti pulang dengan kenangan yang luar biasa,” tambahnya.

Konsert hari kedua diumumkan susulan permintaan ramai dan akan berlangsung pada 4 Mei 2025, sehari selepas konsert pertama pada 3 Mei 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Dengan dua hari konsert kini sudah sold out, peminat yang berjaya mendapatkan tiket boleh menjangkakan pengalaman persembahan yang tidak akan dilupakan.

GENKRU, bersiaplah untuk malam yang epik!

Komen
Loading...