“Tidak Kiralah Ada Pangkat Tinggi Atau Tidak, Jangan Kurang Ajar Terhadap Orang Lain” – Nourul Wahab
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Nourul Wahab Depp berkongsi pengalaman ditengking seorang anggota beruniform di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sewaktu menghantar pulang kedua ibu bapa mentuanya, semalam.
Nourul, 43, berkata dia terkilan dengan sikap individu itu yang dianggap biadap kerana mengeluarkan bahasa tidak sopan sedangkan mereka tidak berbuat salah selain patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) di situ.
“Tidak kisahlah fasal undang-undang, kami patuh saja tapi anggota yang bertugas berkenaan di bahagian parkir kereta sangat kurang ajar. Saya faham kena ikut undang-undang, tapi caranya biadap sampai tinggi suara.
“Tegas tak apa. Tapi jangan tidak sopan! Bahasa sesungguhnya jiwa bangsa. Terutama yang bertugas demi negara, saya marah sungguh kalau orang tak reti sopan. Bahasa itu menunjukkan siapa kita,” katanya.
Berkongsi lanjut, Nourul reda apabila cuma dia dibenarkan masuk manakala suaminya, Eric Depp serta anak-anak terpaksa tunggu dalam kereta.
“Saya ikut cakap hanya seorang dibenarkan masuk hantar ibu bapa mentua saya disebabkan mereka tidak boleh bertutur bahasa Inggeris mahupun Melayu. Dia tinggikan suara kepada kami ibaratnya kami langgar undang-undang.
“Tidak kiralah ada pangkat tinggi atau tidak, jangan kurang ajar terhadap orang lain. Nilai diri kita dilihat pada tahap kesopanan tidak kiralah polis, tentera, tapi setakat ini saya tak pernah jumpa anggota beruniform kurang ajar seperti itu,” katanya.
Nourul bagaimanapun berterima kasih kepada pegawai keselamatan lain yang berusaha membantunya bagi melancarkan segala urusan.
“Semua manusia tak sama tahap kesopanan dan juga kesedaran sivik. Ada ramai yang sopan, hanya satu dua yang tak boleh kendalikan tekanan. Ya, mereka manusia juga, kita semua faham.
“Satu nak mohon, jangan banding-bandingkan orang ada nama atau orang biasa. Semua layak dilayan sama rata. Sopan itu untuk semua bukan orang-orang tertentu saja.
“Macam Cik Farina ini semalam yang jelaskan segalanya dengan elok. Dari awal kami masuk, dia senyum, cakap elok, minta tiket penerbangan,” katanya.
Sumber : Harian Metro