Ikuti Kami:

Tiada Pub, Restoran Jual Minuman Keras Dibenar Beroperasi Sepanjang PKPB – Annuar Musa

Tiada Pub, Restoran Jual Minuman Keras Dibenar Beroperasi Sepanjang PKPB – Annuar Musa

Tiada Pub dan restoran yang menjual minuman keras dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pihaknya mendapat aduan daripada warga kota bukan Islam bahawa terdapat pub dan restoran menjual minuman keras beroperasi semalam di sekitar ibu kota.

“Pelanggan-pelanggan juga didapati tidak mengamalkan jarakan sosial ketika berada di pub-pub itu.

“Saya ingin membuat penjelasan di sini bahawa pub bukan restoran, kalau restoran bersama dengan pub, ia tidak dianggap sebagai restoran.

“Walaupun mereka ada hidang makanan, ia tetap masuk dalam senarai seperti pusat karaoke atau pusat hiburan dan belum boleh beroperasi ketika ini,” katanya ketika siaran langsung Facebook di sini.

Komen
Loading...