Ikuti Kami:

Tiada Beza Kluster “Kayangan Dan Bumi”, Semua Akan Diambil Tindakan – Ismail Sabri

Tiada Beza Kluster “Kayangan Dan Bumi”, Semua Akan Diambil Tindakan – Ismail Sabri

Sesiapa sahaja yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Aidilfitri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak mengira golongan kenamaan mahupun rakyat biasa, segala SOP ditetapkan adalah sama dan terserah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenakan tindakan ke atas mereka yang didapati melakukan kesalahan itu.

“Tiada bezanya antara kluster kayangan (kenamaan) dan bumi (rakyat biasa), sesiapa yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan oleh penguat kuasa ketika sambutan Aidilfitri sepanjang PKPB,” katanya pada sidang media harian PKPB di sini, hari

Komen
Loading...