Ikuti Kami:

Thunderbolts Tonjolkan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Maju Dengan Filter Biru

Thunderbolts Tonjolkan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Maju Dengan Filter Biru

Baru-baru ini, netizen Malaysia meluahkan rasa bangga apabila filem Thunderbolts, yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, menggunakan color grading berwarna biru.

Bagi ramai, keputusan ini bukan sahaja mencerminkan kemajuan Malaysia tetapi juga menjadi simbol perubahan persepsi terhadap negara di mata dunia.

Sebelum ini, negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia sering ditampilkan dengan filter kuning, menggambarkan situasi yang mundur atau kurang maju.

“Malaysia dapat filter berwarna biru melambangkan negara maju. Bertuah ya tak kena stereotaip filter kuning,” ciap seorang pengguna media sosial.

Komen ini mencerminkan kegembiraan rakyat tempatan yang melihat Kuala Lumpur dipaparkan sebagai sebuah bandar moden dan pesat membangun, setanding dengan kota antarabangsa lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan penggunaan filter biru ini memberikan suasana seperti Gotham City, mencipta gambaran bandar yang futuristik dan penuh daya tarikan.

Langkah ini turut membuka mata ramai tentang bagaimana penggunaan filter warna dalam filem mempengaruhi persepsi terhadap sesebuah negara.

Keputusan untuk menggunakan filter biru dalam filem Thunderbolts dilihat sebagai langkah penting dalam mengubah naratif stereotaip terhadap Malaysia.

Ia bukan sahaja menggambarkan kemajuan fizikal tetapi juga membuktikan bahawa negara ini mampu berdiri setanding dengan negara maju lain di pentas antarabangsa.

Pemilihan color grading dalam filem sering kali bukan sekadar keputusan rawak, sebaliknya memainkan peranan penting dalam menggambarkan status atau keadaan sesebuah negara.

Warna kebiruan biasanya digunakan dalam sinematografi untuk mencerminkan negara yang moden, maju, dan bertamadun.

Sebaliknya, warna kekuningan sering dikaitkan dengan negara yang bergelut dengan kemiskinan, konflik, atau keadaan sosial yang mencabar.

Komen
Loading...