Ikuti Kami:

The Raya Table: Dr Cardin Pertaruh 80 Peratus Koleksi Wanita, Fokus Elegan & Selesa

The Raya Table: Dr Cardin Pertaruh 80 Peratus Koleksi Wanita, Fokus Elegan & Selesa

Jenama fesyen lokal terkemuka, Dr Cardin, mengukuhkan dominasinya dalam pasaran gaya hidup tempatan dengan melancarkan koleksi Lebaran 2026 yang diberi julukan The Raya Table.

​Tampil berbeza tahun ini, Dr Cardin memberikan tumpuan utama kepada golongan wanita dengan menyaksikan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan koleksi Aidilfitri kali ini dikhaskan untuk memenuhi cita rasa kaum hawa.

​Ketua Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee berkata, keputusan tersebut diambil memandangkan golongan wanita merupakan penggerak utama dalam persiapan lebaran, terutama bagi segmen beg tangan dan sepatu.

​”Untuk koleksi kali ini, kami menawarkan rangkaian produk yang lebih elegan dan sofistikated, sesuai dengan suasana keraian. Fokus kami bukan sekadar pada estetika, malah kualiti yang mampu meningkatkan keyakinan pemakainya,” katanya pada majlis pelancaran koleksi berkenaan, baru-baru ini.

​Gabungan Estetika dan Inovasi
​Bagi koleksi beg tangan, Dr Cardin memperkenalkan empat siri utama iaitu Soraya, Nara, Dumpling Weave, dan Araya. Manakala bagi peminat kasut tumit tinggi, variasi rekaan ditawarkan menerusi koleksi Dewy, Serene, Sera, Lush, dan Lush Eve.

​Tidak melupakan golongan lelaki, Dr Cardin turut mempertaruhkan koleksi sandal yang dilengkapi teknologi keselesaan seperti Cove Air, Cove Core, dan The Air Pillow Flow.

​Tambah Charl Yee, aspek ergonomik tetap menjadi keutamaan jenama itu bagi memastikan setiap langkah di pagi Syawal kekal selesa.

​”Kami menambah lapisan kusyen lembut pada bahagian tumit untuk setiap kasut. Malah, koleksi beg kami turut hadir dengan versi ‘miniature’ bagi memudahkan pelanggan menyimpan barangan kecil dengan lebih teratur,” jelasnya lagi.

​Memeriahkan lagi kempen tahun ini, Dr Cardin mengumumkan pelakon popular, Erysha Emyra dan Hun Haqeem sebagai bintang kempen. Pemilihan kedua-dua personaliti ini dilihat bertepatan dengan imej ‘girl next door’ Erysha serta karakter Hun yang merendah diri namun tetap bergaya.

​Majlis pelancaran The Raya Table turut diserikan dengan kehadiran tokoh politik, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta barisan selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Mimi Fly, Puteri Balqis, dan Azfar Heri.

​Bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi ini, produk Dr Cardin kini boleh didapati secara dalam talian melalui platform rasmi termasuk TikTok dan Shopee untuk kemudahan peminat fesyen di seluruh negara.

Komen
Loading...