Ikuti Kami:

Thalia X Dayah Bakar: Kerjasama Strategik Tampil 23 Rekaan Eksklusif Raya ‘Seperti Dulu’

Thalia X Dayah Bakar: Kerjasama Strategik Tampil 23 Rekaan Eksklusif Raya ‘Seperti Dulu’

Dari kiri: Mohammad Ariff Qayyum, Dayah Bakar dan Muhammad Firdaus.

Mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri fesyen tanah air, jenama pakaian sedia pakai (RTW) tempatan, Thalia, kembali menjalin kerjasama strategik bersama selebriti dan pengacara popular, Dayah Bakar menerusi koleksi khas Lebaran 2026.

​Kolaborasi yang memasuki tahun kedua ini mempertaruhkan tema ‘Seperti Dulu’, sebuah naskhah kreatif yang bukan sekadar mementingkan estetika visual, malah mengangkat nilai sentimental dan nostalgia sambutan hari raya bersama keluarga tercinta.

Mengulas mengenai penglibatannya, Dayah Bakar mengakui sangat terharu dengan sambutan yang diterima sejak tahun pertama kolaborasi ini bermula.

Bagi koleksi 2026, beliau ingin membawa peminat kembali ke akar umbi tradisi.

​”Saya sangat terharu dengan sambutan ini dan diharapkan kerjasama ini akan berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Untuk tahun ini, kita bawa elemen ‘jiwa’ ke dalamnya.

“Kita tidak mahu fikir pasal baju cantik sahaja, tetapi kita bawa perasaan waktu berhari raya macam kita dulu-dulu, seronok bersama saudara-mara.

“Sebab itu saya terlibat secara ‘heavy’ dalam rekaan. Saya bukan sekadar muse, sebab itu namanya ‘Dayah Bakar X Thalia’.Daripada jenis kain, warna, hinggalah ke sekecil-kecil perkara seperti packaging, saya mahu pastikan pemakai merasai passion yang kami cuba sampaikan,” katanya di majlis pelancaran di The Grounds KL, di sini, hari ini.

Pengasas Thalia, Muhammad Firdaus, berkata, bagi menjamin nilai eksklusif kepada pembeli, setiap rekaan hanya dikeluarkan sekitar 50 hingga 100 helai sahaja.

​”Kami faham mungkin ada yang kecewa jika stok habis awal, tetapi ini adalah janji kami untuk memastikan kualiti dan eksklusiviti terjaga. Kami mahu pelanggan Thalia berasa istimewa dan tidak ‘bertemu’ dengan terlalu ramai orang yang memakai baju sama di pagi raya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Pengasas bersama Thalia, Mohammad Ariff Qayyum, menjelaskan bahawa penglibatan Dayah Bakar dalam projek kali ini jauh lebih mendalam berbanding sekadar menjadi ‘wajah’ atau duta produk.

​”Kak Dayah adalah penyokong tegar jenama kami sejak awal lagi pada 2019. Beliau adalah selebriti pertama yang bertanya dan menawarkan diri untuk mempromosikan jenama kami. Untuk kolaborasi ‘Dayah Bakar X Thalia’ tahun ini, beliau terlibat secara langsung dalam setiap peringkat produksi.

​”Ia bermula daripada lakaran reka bentuk, pemilihan warna, jenis material, sehinggalah ke proses pembungkusan dan penulisan kapsyen (copywriting).

“Kami benar-benar bekerja sebagai satu pasukan, malah perbincangan dalam kumpulan WhatsApp kadangkala berlarutan sehingga jam 1 pagi,” katanya.

​Koleksi kali ini menampilkan dua rangkaian berasingan dengan jumlah keseluruhan 23 gaya (looks) yang merangkumi lapan rekaan utama.

​Harga bagi koleksi premium ini ditawarkan bermula daripada RM399 sehingga RM529.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan koleksi ini, jualan kini dibuka secara dalam talian di laman web rasmi www.thaliahrtw.my.

Selain itu, pelanggan boleh mengunjungi butik mereka di Setia Alam atau singgah ke rangkaian pop-up booth di Johor dan juga di Brunei sepanjang bulan Ramadan ini.

Komen
Loading...