Ikuti Kami:

Terpilih Jadi Juri, Anna Jobling Tenang – “Apa Salahnya Beri Saya Peluang Untuk Mencuba”

Terpilih Jadi Juri, Anna Jobling Tenang – “Apa Salahnya Beri Saya Peluang Untuk Mencuba”

PETALING JAYA: “Ini adalah rezeki saya, apa salahnya beri saya peluang untuk mencuba.”

Demikian kata pelakon Anna Jobling selepas sedar ada pihak yang mempertikaikan kelayakannya menjadi juri untuk program realiti, Muzikal Lawak Superstar musim keempat yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Tenang mengendalikan kritikan tersebut, Anna percaya bahawa semua perkara baru yang perlu dilakukan oleh setiap individu adalah pertama kali dan harus dicuba.

“Setiap apa yang kita lakukan akan ada pertama kali. Ada banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan perlu cuba lakukan dalam hidup ini. Jadi, ini pertama kali saya jadi juri.

“Mungkin akan agak susah untuk saya, tapi saya akan cuba melihat komen dan kritikan yang akan membantu saya untuk maju dalam industri ini,” katanya.

Selain Anna, pelawak Harith Iskander dan Saiful Apek turut terpilih menjadi juri bagi program hiburan itu.

Anna bagaimanapun menegaskan dirinya sudah bersedia untuk menuntut ilmu bersama kedua-dua pelawak senior itu sepanjang menjurikan rancangan itu.

Sumber
Komen
Loading...