Ikuti Kami:

Terokai Keajaiban Utara dengan Laluan Baharu Batik Air dari Kuala Lumpur ke Alor Setar

Terokai Keajaiban Utara dengan Laluan Baharu Batik Air dari Kuala Lumpur ke Alor Setar

Batik Air hari ini mengumumkan laluan penerbangan baharu yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar (AOR).

Laluan ini bakal memudahkan perjalanan ke Kedah, negeri yang kaya dengan budaya dan tarikan pelancongan, bermula pada 5 Disember 2024.

Laluan terus ini adalah sebahagian daripada usaha Batik Air untuk menghubungkan Malaysia utara dengan hab utama negara di Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuhkan peluang pelancongan dan hubungan antara wilayah.

Laluan Kuala Lumpur–Alor Setar ini juga menjadi pencapaian penting dalam pengembangan rangkaian domestik Batik Air, dengan tujuan menghubungkan ibu kota yang pesat membangun dengan warisan bersejarah Kedah.

Alor Setar, yang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang memukau, tapak warisan, dan pasar tempatan yang meriah, menawarkan pengalaman autentik Malaysia yang menarik minat pelancong santai dan korporat.

Laluan baharu ini diharapkan dapat merancakkan sektor pelancongan, menyokong ekonomi tempatan, dan meningkatkan aksesibiliti ke kawasan utara Malaysia yang unik ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, menyatakan kepentingan memperkukuh hubungan antara Malaysia utara dan ibu negara.

“Kami sangat gembira untuk menyokong Tahun Melawat Kedah 2025 dengan tema ‘Experience Kedah’—satu jemputan untuk pelawat menghayati keunikan Kedah,” katanya.

Menurut beliau, Kedah merupakan antara lima negeri teratas di Malaysia dari segi ketibaan pelancong, dengan lebih 6.45 juta pelawat pada tahun 2023 menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Laluan baharu ini akan beroperasi tujuh kali seminggu, menawarkan penerbangan harian yang mudah kepada penumpang.

Dengan menggunakan pesawat Boeing 737, Batik Air menjanjikan pengalaman perjalanan yang selesa dalam kelas Ekonomi dan Perniagaan, sekaligus menambah nilai perjalanan bagi pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin menerokai Kedah.

Komen
Loading...