Ikuti Kami:

Terengganu Mula Benarkan Aktiviti Mencandat Sotong

Terengganu Mula Benarkan Aktiviti Mencandat Sotong

Aktiviti mencandat sotong mula dibenarkan beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat akan dikenakan sebelum dan semasa aktiviti mencandat dijalankan termasuk mengurangkan jumlah penumpang kepada separuh daripada kapasiti penuh bot dan mewajibkan mereka mengimbas kod QR sebelum menaiki bot.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata pemilik bot harus memastikan jarak sosial dan menyediakan cecair pembasmi kuman di atas bot.

“Penanda merah akan diletakkan di dalam bot supaya penumpang menjaga jarak dan pengusaha bot juga akan menyediakan cecair pembasmi kuman di atas bot.

“Setiap bot mesti dan wajib mengikuti SOP yang diberikan. Insya-Allah selamat untuk rakyat Malaysia datang mencandat sotong di Terengganu,” katanya.

Ariffin Deraman juga berpendapat harga pakej masih terkawal dan dijangka tidak meningkat dengan ketara dalam masa terdekat kerana faktor harga bahan bakar yang rendah ketika ini.

“Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini mereka (pengusaha bot) bagi sewa (bot) sebanyak RM1,500 untuk satu malam, kini memang mereka mengakui tidak boleh kenakan harga sebanyak itu lagi berikutan suasana baharu yang kekurangan pelancong.

“Lagipun perbelanjaan yang paling tinggi untuk aktiviti mencandat ini ialah bahan bakar dan sekarang, harganya sangat murah jadi kos tidak akan tinggi,” katanya kepada pemberita semasa Demonstrasi Garis Panduan Bagi Aktiviti Mencandat Sotong di Terengganu.

Foto : Bernama, Sosial Media.

Komen
Loading...