Ikuti Kami:

‘Tepuk Dahi’ Tengok Gen Z Tak Tahu Ibu Negeri Selangor – “Adoi, Sakit Kepala Aku Tengok”

‘Tepuk Dahi’ Tengok Gen Z Tak Tahu Ibu Negeri Selangor – “Adoi, Sakit Kepala Aku Tengok”

Ada sahaja cerita tentang anak-anak muda atau generasi Z yang kita dengari membuatkan ramai netizen berdebat atau berbalah terutamanya jiak ia membabitkan pelajaran dan pengetahuan.

Terbaru, video dimuat naik seorang pencipta kandungan, Kuan Yee mendapat perhatian di TikTok selepas dia bertanya kepada orang awam di pusat beli belah.

Menerusi rakaman itu, Kuan Yee telah bertanya pengunjung pusat beli belah tersebut secara rawak untuk memilih antara nombor satu hingga tiga.

Bagi mereka yang memilih nombor dua, mereka kemudian diajukan soalan tentang ibu negeri Selangor.

Mengejutkan, mereka membuktikan bahawa pengetahuan am masing-masing kurang kerana jelas terpancar wajah yang keliru dan tidak tahu jawapan kepada soalan itu.

Ada yang menjawab Bangsar dan antara bandar lain yang disebut oleh individu yang ditanya itu adalah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada warganet yang seakan tidak percaya dan terkejut dengan pengetahuan am dimiliki oleh kumpulan remaja ini.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat kemungkinan rasa gugup apabila ditanya soalan itu membuatkan mereka terlupa jawapan yang sebetulnya.

Komen
Loading...