Ikuti Kami:

Tenxi Umum Hari Kedua ‘Panggung Puting Beliung’ 11 Januari 2026, Bawa Line-up Khas ANTI NRML

Tenxi Umum Hari Kedua ‘Panggung Puting Beliung’ 11 Januari 2026, Bawa Line-up Khas ANTI NRML

Selepas kejayaan luar biasa di mana tiket Hari Pertama habis dijual dalam tempoh hanya 30 minit, Icon Entertainment dengan penuh semangat mengumumkan tarikh tambahan untuk persembahan istimewanya, bertajuk Special Show: Panggung Puting Beliung Tenxi – Day 2.

Persembahan Hari Kedua ini disahkan akan berlangsung pada Ahad, 11 Januari 2026, di ZEPP Kuala Lumpur, sama seperti Hari Pertama.

Pengumuman ini dibuat sebagai hadiah dan penghargaan buat peminat setia, dikenali sebagai Tenxiholic, yang terlepas peluang mendapatkan tiket pada penjualan sesi pertama.

“Saya cukup terharu apabila mengetahui ramai peminat tidak sempat mendapatkan tiket Hari Pertama, justeru Day 2 dibuka sebagai hadiah dan penghargaan buat semua Tenxiholic,” ujar Tenxi.

Apa yang menjadikan malam kedua ini lebih dinanti-nantikan adalah pengumuman kehadiran line-up istimewa dari ANTI NRML, yang akan menyertai Tenxi di atas pentas.

Barisan artis dari ANTI NRML ini dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat, menambah elemen kejutan dan kedalaman kepada persembahan.

Tenxi turut memberi jaminan bahawa Hari Kedua ini bukan sekadar ulang tayang, sebaliknya dijanjikan sebagai pengalaman baharu yang lebih dahsyat, lebih mendalam dan penuh kejutan.

Misi Tenxi untuk Day 2 adalah mengajak peminat “Take a sip and let’s ESCAPE from STRS” (Lepas dari tekanan), menikmati muzik tanpa batas, dan dibadai energi puting beliung dalam versi penuh cinta.

Jualan tiket untuk Panggung Puting Beliung Tenxi – Day 2 akan dibuka secara rasmi pada Rabu, 10 Disember 2025, Jam 15:00 Petang.

Tiket ditawarkan pada harga mampu milik bermula dari RM150 hingga RM250. Turut tersedia adalah kategori eksklusif Puting Beliung Box berharga RM5,000, yang termasuk 10 pax, poster bertandatangan, dan snek F&B.

Tenxiholic boleh mendapatkan tiket secara dalam talian melalui pautan: https://www.ticket2u.com.my/TenxiDay2.

Komen
Loading...