Ikuti Kami:

Tengku Mahkota Pahang Bersuara Isu Kerabat Diraja Serang Orang Awam

Tengku Mahkota Pahang Bersuara Isu Kerabat Diraja Serang Orang Awam

Baru-baru ini tular tentang berita yang mengaitkan seorang kerabat Pahang bersama sekumpulan orang didakwa menyerang individu bernama Alias Awang menggunakan senjata tajam serta pistol.

Kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Terbaru, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah meminta agar PDRM menjalankan siasatan dengan segera.

Justeru, saya menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan slasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

Sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ianya hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

Baginda juga memaklumkan tidak akan sesekali melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang.

Komen
Loading...