IKLAN

Tengah 'Roadblock' Anggota Polis Kongsi Rezeki Dengan Anjing Jalanan

Bulan Ramadan ini adalah antara waktu untuk kita semua mempertingkatkan ibadah, antaranya adalah dengan bersedekah, tidak kira kepada manusia atau terhadap makhluk Allah yang lain.

Seperti perkongsian di Facebook, Polis Daerah Dungun, memaparkan beberapa anggota polis memberi makan kepada anjing jalanan ketika mereka sedang menjalankan tugas.

Anjing liar datang minta makan

Dalam hening suasana malam, ketika keadaan hujan lebat dilihat para anggota polis ini didatangi oleh beberapa ekor anjing liar yang kelaparan.

IKLAN

Dalam hujan, kongsi rezeki

Dapat kita perhatikan, walaupun dalam hujan lebat, kelihatan anggota polis tersebut saling berkongsi rezeki dengan anjing jalanan yang lalu disitu.

Terima kasih PDRM

Terharu melihat tindakan murni para anggota berkenaan, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kerana telah sudi memberi makanan kepada haiwan jalanan.

Meskipun di waktu ini, ada dalam kalangan anggota tidak dapat meluangkan masa berbuka dan bersahur bersama, namun tetap juga komited dalam menjalankan tugas demi bakti kepada negara.

Sumber : Polis Daerah Dungun

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN