Ikuti Kami:

Teh Tarik, Onde-Onde Kini ‘Meriahkan’ CookieRun: OvenSmash

Teh Tarik, Onde-Onde Kini ‘Meriahkan’ CookieRun: OvenSmash

Dua hidangan kegemaran ikonik Malaysia, Teh Tarik dan kuih Onde-onde, kini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai elemen utama dalam dunia permainan video antarabangsa melalui judul popular, CookieRun: OvenSmash.

​Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif lokalisasi eksklusif oleh pembangun permainan terkemuka Korea Selatan, Devsisters, bersempena pelancaran rasmi permainan tersebut bagi pasaran Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong, dan Macau bermula hari ini.



​Apa yang menarik perhatian peminat tempatan adalah ketelitian pasukan pembangun dalam mengekalkan keaslian elemen budaya Malaysia.

Item kosmetik Teh Tarik dalam permainan tersebut direka dengan gaya pembungkusan ‘ikat tepi’ yang cukup sinonim dengan budaya minuman jalanan di negara ini, lengkap dengan tali pengikat berwarna.

​Manakala bagi aksesori Onde-onde, ia diinspirasikan daripada tekstur salutan daun pandan dan inti gula melaka, yang diolah semula menjadi aksesori comel untuk watak-watak biskut dalam medan tempur.

​Fenomena Global Sejurus Pelancaran
​Sejak kemunculannya pada 2009, francais CookieRun telah mengumpul lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia.

Sebelum ini, siri popular tersebut pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti kumpulan K-pop BTS dan filem muzikal Wicked.

​Edisi terbaru, CookieRun: OvenSmash, yang merupakan permainan aksi pantas berbilang pemain, telah mencetuskan fenomena apabila mencatatkan lebih satu juta muat turun dalam tempoh hanya tiga hari selepas pelancaran globalnya pada Mac lalu.

​”Sejak pra-pendaftaran dibuka Mac lalu, kami telah menerima lebih satu juta pendaftaran dari rantau Asia Tenggara dan pasaran sekitarnya. Ini menunjukkan sokongan luar biasa daripada komuniti pemain di sini,” menurut kenyataan pihak pembangun.

​Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat di Malaysia dan Singapura, pihak pembangun mengumumkan bahawa item kosmetik bertemakan Teh Tarik akan diberikan secara percuma dalam permainan.

​Langkah ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemain tempatan untuk mempamerkan identiti nasional di arena global, malah membolehkan elemen citarasa tempatan dinikmati tanpa sebarang kos tambahan.

​Pemain kini boleh memuat turun CookieRun: OvenSmash secara percuma dan menyertai pertempuran masa nyata yang mendebarkan bersama pemain dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman Facebook rasmi CookieRun bagi pasaran Malaysia dan Singapura.

Muat Turun Rasmi: https://ovensmashsea.onelink.me/oaLQ/pr1

Facebook Rasmi: https://web.facebook.com/CookieRunVNG.SGMY