Ikuti Kami:

“Tanggungjawab Terakhir”: Filem Pendek Sarat Pengajaran Ramadan Ini

“Tanggungjawab Terakhir”: Filem Pendek Sarat Pengajaran Ramadan Ini

Ramadan ini, filem pendek Tanggungjawab Terakhir bakal menemui penonton dengan kisah yang penuh pengajaran dan emosi mendalam.

Filem ini mengangkat tema kasih sayang, penyesalan, dan pengorbanan dalam hubungan ibu dan anak, menyentuh hati penonton dengan mesej yang penuh keinsafan.

Diarahkan oleh Zahimi Amin (FDAM) dan diterbitkan oleh AL RIDZUAN HARAMAIN SDN BHD serta RAINTOWN PICTURES PRODUCTION, filem ini menampilkan pelakon tersohor, Ratu Air Mata Malaysia, Ibu Wan Maimunah, bersama pendatang baharu, Sofea.

Filem pendek Tanggungjawab Terakhir mengisahkan seorang anak yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga mengabaikan permintaan ibunya yang berhasrat menunaikan ibadah haji dan mewakafkan telaga.

Sang ibu sentiasa mengingatkan anaknya tentang kepentingan ibadah, sedekah, dan persiapan akhirat. Kisah ini mengajar kita tentang pentingnya menghargai ibu sebelum terlambat dan memenuhi permintaan mereka selagi masih ada kesempatan.

Pengarahnya, Zahimi Amin, yang pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem pendek Dato Sagor arahan Hilmi Azmin (FDAM), bukan sahaja memiliki bakat dalam dunia perfileman tetapi juga pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Filem pendek ini dijangka memberi kesan yang mendalam kepada penonton, terutama dalam suasana Ramadan yang menggalakkan refleksi diri dan nilai kekeluargaan,”

“InshaAllah akan dibawa keluar ke Festival Filem Malaysia 2025, dan Festival luar negara.” katanya.

Selain mengarah, beliau juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu Biar Saja Nanti terbitan Radical Records.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Tanggungjawab Terakhir di platform media sosial pada 23 Mac ini, sebuah kisah yang menyentuh jiwa dan memberi makna mendalam dalam bulan yang penuh keberkatan.

Komen
Loading...