Ikuti Kami:

Tampil Sedondon dengan Amira Othman, Fattah Amin Tidak Kisah Digandingkan dengan Mana-Mana Wanita

Tampil Sedondon dengan Amira Othman, Fattah Amin Tidak Kisah Digandingkan dengan Mana-Mana Wanita

Pelakon Fattah Amin tampil sendodon bersama penyanyi Amira Othman sebagai duta kempen terbaru Jakel.

Dalam kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, kedua-duanya mempamerkan koleksi pakaian yang direka khas untuk musim perayaan.

Sering digosipkan dengan rakan wanita yang digandingkan,  Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, tiada masalah untuk digandingkan dengan selebriti wanita selagi ia profesional dan menepati kehendak klien serta menjaga batas.

“Saya tidak melihat isu digandingkan dengan mana-mana wanita sebagai masalah. Selagi ia profesional dan menepati kehendak klien serta menjaga batas-batas yang perlu, semuanya baik sahaja,” ujar Fattah.

Beliau turut menegaskan bahawa peluang seperti ini adalah satu rezeki yang harus dihargai.

“Setiap peluang adalah rezeki. Yang penting, kita perlu memenuhi kepercayaan itu dengan baik dan menjaga persefahaman antara semua pihak yang terlibat,”

“Kalau benda diminta tidak berlebihan dan menjaga imej, saya rasa ia tiada masalah selagi wujudnya persefahaman bersama.” katanya.

Sebelum ini, Fattah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Amira selepas pelakon itu bercerai dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menjelaskan bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada rakan profesional.

Menurutnya, mereka hanya bekerjasama dalam muzik video single terbarunya berjudul Bila Nak Kahwin?

Sementara itu, Amira turut berkongsi keterujaannya apabila diberi peluang bergandingan dengan Fattah.

Selain Fattah Amin dan Amira Othman, Jakel juga mempersembahkan gabungan duta yang mewakili pelbagai generasi, termasuk Nabil Ahmad sekeluarga, Elly Mazlein, Anzalna sekeluarga, Cik Epal, tiktoker Sallywho sekeluarga, Senariounion, serta watak animasi kegemaran ramai, Upin & Ipin.

Jakel juga menawarkan koleksi istimewa dengan harga menarik, termasuk Baju Melayu Madani pada harga RM99 sepasang, lengkap dengan samping percuma bernilai RM49, serta Baju Melayu Fattah Amin pada RM149 sepasang, dengan samping percuma bernilai RM99.

Komen
Loading...