Tak Sampai 2 Tahun Bersama, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu
- oleh Mohd Indera
- 2 bulan lalu
Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan Ira Kazar bercerai talak satu pada Khamis.
Pengesahan cerai itu dibuat Hakim Syarie Mohd Faizal Habib selepas berpuas hati dengan pengakuan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, selepas wujud pelanggaran taklik
Peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Rais berkata, mahkamah mengesahkan berlakunya perlanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
“Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali selepas membuat hantaran di media sosial dalam keadaan rela dan tanpa paksaan bermula 14 Ogos lalu.
“Tempoh idah Ira juga bermula pada tarikh pelanggaran taklik (14 Ogos lalu),” katanya ketika ditemui pada Khamis.
Biarpun belum sampai dua tahun mendirikan rumah tangga, kedua-dua pihak difahamkan sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.
Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar berkahwin di Songkhla, Thailand pada 6 Januari 2023.