Ikuti Kami:

“Tak Kisah Babak Berpegangan Tangan, Asalkan Berpada dan Profesional” – Bella Hanna

“Tak Kisah Babak Berpegangan Tangan, Asalkan Berpada dan Profesional” – Bella Hanna

Pelakon Bella Hanna, yang juga isteri kepada pelakon terkenal Redza Rosli, menegaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah jika suaminya melakonkan babak berpegangan tangan dengan pelakon wanita lain.

Sebagai pelakon, Bella sendiri memahami bahawa adegan seperti itu adalah sebahagian daripada komitmen kerja.

“Memang kerja, kita kena faham. Kita kahwin dengan pelakon, kena jadi profesional lah. Bukannya dekat luar set dia pegang, di dalam set tak apa,” jelas Bella.

Walaupun begitu, Bella turut menekankan bahawa setiap lakonan mempunyai hadnya, terutama apabila seseorang itu sudah berumah tangga.

“Jujurnya, saya tak kisah kalau itu kerja, tapi mesti ada batas, lagi-lagi kalau kita dah berkahwin,” ujarnya.

Sebagai pelakon yang turut berhadapan dengan cabaran yang sama di set penggambaran, Bella berkata dia sentiasa mengharapkan suaminya memahami tuntutan kerjanya juga.

“Saya pun pelakon, dan saya harap dia pun faham juga. Dia kena pegang atas komitmen kerja.

“Setakat pegang, berlapik saya okay,” tambahnya.

Untuk rekod, Bella dan Redza mendirikan rumah tangga pada 21 Jun lalu di Forest Valley Hall, Cheras. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah, dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Komen
Loading...