Ikuti Kami:

“Tak Dapat Nikmat Melihat, Tapi Allah Jemput” – Mutawif Pimpin Jemaah Istimewa Mengerjakan Umrah

“Tak Dapat Nikmat Melihat, Tapi Allah Jemput” – Mutawif  Pimpin Jemaah Istimewa Mengerjakan Umrah

Mempunyai kekurangan untuk melihat bukanlah penghalang beberapa jemaah ini untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Baru-baru ini, tular video memaparkan sekumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mengerjakan ibadah umrah sambil dipimpin oleh mutawif.

Jelas terlihat di dalam video yang dimuat naik oleh syarikat pengendali umrah dan haji iaitu Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, sekumpulan jemaah OKU penglihatan ini dipimpin oleh mutawif untuk melakukan tawaf.

“Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak.”

Bahkan, ada juga seorang wanita yang membantu menyuruh jemaah lain untuk ketepi bagi memberi laluan kepada mereka sewaktu menuju ke Kaabah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak apabila menonton video tersebut dan mendoakan urusan mereka dipermudahkan di sana.

Komen
Loading...