Ikuti Kami:

Tahniah! Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah! Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Setelah lama menanti, Sari Yanti dikhabarkan telah pun selamat melahirkan anak keduanya bersama Jep kelmarin (6 Jun).

Perkongsian itu dilakukan sendiri oleh pelawak itu menerusi laman Instagramnya.

Semakin meriah nampaknya keluarga selebriti ini selepas mereka kini memiliki anak lelaki selepas melahirkan anak perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.

Meskipun ini adalah anak kedua kepada Jep tetapi kelahiran terbaru menandakan bahawa wanita ini sudah mempunyai 4 orang anak.

Hasil perkahwinan sebelum ini, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy (10) dan Baasit Al-Haq (9).

Komen
Loading...