Ikuti Kami:

Tahniah! Malaysia Diiktiraf Lima Negara Terbaik Dunia Mengawal Pandemik COVID-19

Tahniah! Malaysia Diiktiraf Lima Negara Terbaik Dunia Mengawal Pandemik COVID-19

Tahniah kepada Malaysia kerana diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Katanya lagi, dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan pengorbangan besar anggota frontliners, kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita telah berjaya menjadi satu negara contoh untuk mengekang wabak ini. ”

“Penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjauan global. Malaysia berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi,” katanya dalam sidang media harian di sini.

BACA : Video Frontliner Raikan Kejayaan, Tepukan Gembira Buat Rakyat Malaysia Terharu

Menerusi sidang media sama Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa sidang media harian akan dijadualkan hanya tiga kali dalam seminggu sahaja.

Hari ini juga merupakan hari terakhir saya bersiaran langsung setiap hari pada hujung minggu. Jadi, selepas ini tiada lagi baju batik berwarna warni yang berasaskan kuih muih dan minum tuan-tuan dan puan-puan.

Mulai minggu hadapan, sidang media saya akan berlangsung tiga kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

Foto : Bernama.

Komen
Loading...