Ikuti Kami:

Tabung COVID-19 Dicadang Tampung Kos Bawa Pulang Rakyat Malaysia Terkandas Luar Negara – Ismail Sabri

Tabung COVID-19 Dicadang Tampung Kos Bawa Pulang Rakyat Malaysia Terkandas Luar Negara – Ismail Sabri

Tabung COVD-19 akan diperluaskan fungsinya bagi disalurkan untuk menampung kos bawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ia berikutan kebimbangan kerajaan akan keadaan kesihatan di beberapa negara yang dikelaskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara kritikal.

“Mesyuarat hari ini telah meminta Wisma Putra mengemukakan perancangan beserta kos bagi proses repatriasi atau membawa pulang rakyat kita yang terkandas,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Dalam pada itu, menurut Ismail, Mesyuarat Khas juga bersetuju untuk mencadangkan tabung tersebut yang di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperluaskan bagi tujuan tersebut.

“Dulu kita fokus dalam negara, seperti tabung pengedaran bakul makanan dan lain-lain, sekarang kita mencadangkan Tabung COVID-19 ini diperluaskan supaya digunakan untuk membawa pulang rakyat kita yang terkandas, terutamanya di negara-negara berisiko tinggi,” tambahnya lagi.

Orang awam diseru untuk menyalurkan sumbangan ke Tabung COVID-19 bagi bersama-sama kerajaan menjalankan usaha itu.

Komen
Loading...