Ikuti Kami:

Syed Saddiq Dedah Jumlah Pendapatan, Orang Ramai Terkejut Dengan Jumlah Yang Diterima

Syed Saddiq Dedah Jumlah Pendapatan, Orang Ramai Terkejut Dengan Jumlah Yang Diterima

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menjadi perhatian orang ramai apabila mendedahkan jumlah pendapatan semasa menjadi menteri.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Syed Saddiq juga mendedah menerima pembayaran secara one-off sebanyak RM150,000 selepas kehilangan jawatan.

Beliau mendedahkan jumlah pendapatan itu bagi pertahankan diri dari tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.

“Lagi sekali ada yang mencuba untuk kaitkan saya dengan rasuah. Saya masuk politik untuk bersihkan politik, bukan untuk kedudukan & kewangan.

“Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung,” katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Muar menegaskan tiada keperluan baginya untuk menerima rasuah kerana pendapatan sebagai menteri dan ahli parlimen sudah memadai.

“Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah. Gaji tinggi, allowance tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.

“Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan. (Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).

Allowance one-off pinggan & mangkuk = RM42,000. Allowance tahunan percutian = RM70,000.

“Allowance makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.

Allowance pindah rumah = RM10,000.

“Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000..”, ujurnya.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tuduhan tersebut dan bersedia memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir 2 bulan lalu.

Sementara itu rata-rata orang ramai terkejut dengan jumlah yang didedahkan oleh Syed Saddiq itu dan melahirkan rasa terkilan dengan perbezaan pendapatan yang jauh antara menteri dan rakyat.

Komen
Loading...