Ikuti Kami:

Syarikat Kontraktor Milik Artis Veteran Didakwa “Scam” Pelanggan

Syarikat Kontraktor Milik Artis Veteran Didakwa “Scam” Pelanggan

Bayangkan jika anda sudah membayar sejumlah wang yang banyak untuk membina rumah impian anda kepada kontraktor tetapi wang anda lebur kerana rumah tidak siap. Tipulah jika anda tidak berasa sedih, bukan?

Menerusi perkongsian akaun Facebook tersebut, ramai mangsa yang terpaksa menyiapkan sendiri rumah mereka selepas dibiarkan terbengkalai oleh pihak kontraktor. Sudah bayar duit buat rumah tetapi rumah tidak siap, pasti luluh hati anda.

Jika dilihat, setiap rumah yang terbengkalai kelihatan sudah siap 80 peratus dan telah dibiarkan begitu sahaja.

Difahamkan, antara alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor apabila dihubungi mangsa-mangsa adalah seperti pekerja lari, akaun bank kena beku, tiada di Malaysia, ada meeting dan banyak lagi.

Rata-rata mangsa telah mengubungi pihak syarikat tersebut tetapi tidak mendapat maklum balas dan ada juga kena ‘bluetick’ sahaja. Malah, ada juga yang telah di’block’ di page milik syarikat itu akibat memberi komen berhubung rumahnya yang terbengkalai.

Tidak mendapat jawapan tetapi disekat begitu sahaja. Malah, kebanyakan mangsa masih ada lagi mengharapkan syarikat tersebut menyiapkan rumah idaman mereka kerana pembayaran telah dibuat.

Diharap mangsa-mangsa kontraktor ini nasibnya akan terbela dan tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan seperti ini. Anda diluar sana yang ingin membina rumah, pastikan kontraktor anda boleh dipercayai agar tidak berlaku perkara sebegini.

Sumber : Facebook Mangsa Rumah Tak Siap OH

Komen
Loading...